"Aku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.."

Monday, January 23, 2012

Cintaku Milikmu


Selamat petang cintaku!
saat ku terjaga dari lena, insan yang pertama ku ingati dan fikirkan adalah dirimu .. disaat itu, ku tadahkan kedua tapak tanganku memohon kesejahteraanmu, kegembiraanmu, kebahagiaanmu, ketenangan dan kedamaianmu agar hari yang dilalui mu hari ini lebih baik dari semalam malah lebih sempurna dan menyakinkan .. ku harap bibirmu terbersit dengan senyuman paling indah melalui hari ini walaupun ditempuhi pelbagai ujian ..
Petang ini, hujan meniti didada bumi .. keindahan hujan ini bagaikan pengganti hujanan rindu yang melanda diriku tika ini .. guruh dan kilat silih berganti .. ianya bagaikan debaran jantungku meniti hari ini yang penuh dengan kerinduan buatmu .. inginku alunkan lagu-lagu kerinduanku buatmu agar dirimu tersenyum indah diptg ini namun tiba-tiba hatiku terusik malu padamu sayang .. hehehe !! namun ku ukirkan kata-kata cintaku buatmu agar dirimu tersenyum dengan bisikan cintaku untukmu..
sayangku ..
Tak terasa sudah setengah tahun kita bersama .. terlalu banyak bunga, duri dan juga lembah yang telah kita lalui .. jika tanpa ada kesabaran dan ketabahan, tak mungkin kita mampu melalui nya dengan redha dan tenang .. mungkin kaki yang melangkah tak dapat bergerak dengan yakin dan pantas melainkan dengan bantuan cinta dan hati ..
Abang....
Adakalanya banyak khilaf yang telah ku lakukan disepanjang perhubungan kita .. adakalanya dirimu menegurku dengan caramu .. memperbaiki kesilapanku dengan caramu juga .. adakalanya dirimu mendiamkan dirimu kerana mahu aku memperbaikinya sendiri .. namun bibirmu tak pernah hilang senyuman untukku .. terima kasih b kerana masih disisiku melalui hari-hari yang kita lalui .. ku amat mengasihimu sayang.. ku tahu, sekiranya dikau tidak mampu untuk menahan berhenti dari sesuatu .. teruskan la bende tu, ku tidak pernah untuk menahanmu .. cuma ape yang ku mahukan, jgn la terlalu kerap dan terlalu banyak kamu megambil . itu sudah memadai bagiku .. Ku amat berbangga sekiranya, kamu berjaya melakukan semua itu .. Aku amat2 memahami situasi kamu itu wahai pencintaku ..
B..
masihkah dirimu ingat dengan surat-surat cintaku untukmu .. lembaran-lembaran puisi yang ku lakari bersama idea kratifku .. journal-journal kehidupanku untuk tatapan dirimu tika saat ku tidak dapat melihat atau memandang dirimu .. semuanya menjadi ketenangan dan kedamaianku kerana boleh meluahkan apa yang ku rasa .. maafkan diriku sayang sekiranya ianya agak emosional dengan rasa itu .. namun sayang hanya ingin b tahu apa yang sayang rasa .. dan kadang kala mesej-mesej itu penuh dengan keberanian untuk memberi kekuatan .. memberi teguran dari kesilapan .. dan sekeping gambar kite pada permulaan perkenalan kite masih ada didompetku .. kemana ku melangkah ku bawa ia untuk menjadi teras ku ubati kesakitan dan ketegangan belajar, training dan people around me ..
Kekasihku..
Saatku menulis kalimah disini, hatiku sarat dengan lautan kerinduan buatmu .. rindu yang mendambakan dirimu .. namun ku menggantikan dengan doa-doa yang tulus buatmu .. ku tahu saat ini dirimu perlukan ruang untuk dirimu .. ku doakan kesejahteraanmu, ketenanganmu dan kedamaianmu .. ku harap hari yang dilalui penuh dengan kebaikan..mudah-mudahan segala pintu kebaikan dan kerahmatan serta kesejahteraan kesihatan terbuka luas buatmu..
Baby....
ku tahu kadangkala aku tersasar dengan kemabukan rindu ini ... ku mengikut perasaanku tanpa memikirkan perasaanmu namun sayang kasih sayangmu yang menceriakan kehidupanku .. bila berjauhan dengan dirimu kala ini, hatiku baru mengerti betapa dalamnya makna erti cintaku buatmu .. kan ku nanti hadirmu .. | I MISS YOU | .. saat dirimu tiada disisi, cinta dan rindu adalah teman paling setia untukku .. Sesungguhnya berjauhan ini mengajar kita erti rindu. Betapa seksanya rindu namun ia tetap jua manis. Pada saat itu aku rasakan bahawa akulah orang yang paling bahagia kerana memiliki kasih dan cintamu. Rinduku ini mengajar kita erti setia pada sang kekasih yang dikejauhan. Walau tiada dimata, namun ia tetap kukuh dan teguh di hati. Kerana separuh daripada jiwa dan hatiku telah dibawa pergi bersamamu ..

Nota kaki :: |Dengan nama Tuhan yang menciptakan setitis cinta di jiwaku ini. Dan kini subur dengan kasih dan tiba masanya sekarang ia membuahkan rindu yang lebat didahanan perasaan .. Bahagiakanlah dia sebagaimana Engkau bahagiakan aku dengan cintanya. Rahmatilah dia sepertimana Engkau rahmati aku dengan kasihnya. Peliharalah dia sebagaimana Engkau pelihara diriku dengan rindunya .. Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan dilangit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui.. |