"Aku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.."

Saturday, January 28, 2012

With you, im always fall in love

Mungkin aku pernah juga .
Merasakan ape itu CINTA !
Tapi tak pernah .. Seindah ini ..
Mungkin juga aku pernah ..
Merasakan RINDU ..
Tapi tak pernah Sedalam ni ..
Mungkin kamu takkan pernah percaya ..
Bahawa sesungguhnya .. Aku telah terjatuh ..
Terjatuh dibawah pangkuan mu ..
Jatuh dan bangun aku , hanye kamu yang tahu . 
Aku akui , aku telah larut kedalam hatimu yang Aku Cintai ..

Aku harap dirimu sabar dan tabah hadapi setiap liku2 ini .. Aku harap dirimu tidak selemah yang aku lihat semalam .. Apa pun berlaku , aku harap aku sentiase menjadi kekuatan buat dirimu . Aku harap disaat dirimu bersendiriaan , aku akan menjadi bayang-bayangmu .. Ketika kamu sedih, aku harap dapat menjadi sandaran buatmu .. disaat kamu tidak gembira , aku harap ... ku dapat menjadi senyuman buatmu .. Dan disaat kamu memerlukan aku, aku akan sentiase ade disamping ..
ingatt ... Jangan cepat mengalah yer sayangggg .. 
Segala rezeki, terletak ditangan Tuhan .. ku yakin, Tuhan tu ade jalan penyelesaian buat mu untuk mencari rezeki yang halal pada mase akan datang .. Kerana rezeki itu la yang akan jadi darah daging kamu n anak bini kamu kelak .. ku sentiase mendokan yang terbaik buat kamu ..
ku tahu apa yang terlintas dihati kamu .. apa yang terjadi .. aku tetap berada disisimu .. Namun ku harap dirimu kan setabah dan sekuat mungkin .. dan aku tetap disini bersamamu .. yakinilah , aku akan datang menjemputmu dengan senyumanku bieee ... May Allah Always bless you my DEAR .
  
Nota Kaki ::  I  U , I  ♥ U , I  U , I  U , I ♥ U , I ♥ U , I  U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I v U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U
Muhammad Hanis Bin Juhari

Monday, January 23, 2012

Cintaku Milikmu


Selamat petang cintaku!
saat ku terjaga dari lena, insan yang pertama ku ingati dan fikirkan adalah dirimu .. disaat itu, ku tadahkan kedua tapak tanganku memohon kesejahteraanmu, kegembiraanmu, kebahagiaanmu, ketenangan dan kedamaianmu agar hari yang dilalui mu hari ini lebih baik dari semalam malah lebih sempurna dan menyakinkan .. ku harap bibirmu terbersit dengan senyuman paling indah melalui hari ini walaupun ditempuhi pelbagai ujian ..
Petang ini, hujan meniti didada bumi .. keindahan hujan ini bagaikan pengganti hujanan rindu yang melanda diriku tika ini .. guruh dan kilat silih berganti .. ianya bagaikan debaran jantungku meniti hari ini yang penuh dengan kerinduan buatmu .. inginku alunkan lagu-lagu kerinduanku buatmu agar dirimu tersenyum indah diptg ini namun tiba-tiba hatiku terusik malu padamu sayang .. hehehe !! namun ku ukirkan kata-kata cintaku buatmu agar dirimu tersenyum dengan bisikan cintaku untukmu..
sayangku ..
Tak terasa sudah setengah tahun kita bersama .. terlalu banyak bunga, duri dan juga lembah yang telah kita lalui .. jika tanpa ada kesabaran dan ketabahan, tak mungkin kita mampu melalui nya dengan redha dan tenang .. mungkin kaki yang melangkah tak dapat bergerak dengan yakin dan pantas melainkan dengan bantuan cinta dan hati ..
Abang....
Adakalanya banyak khilaf yang telah ku lakukan disepanjang perhubungan kita .. adakalanya dirimu menegurku dengan caramu .. memperbaiki kesilapanku dengan caramu juga .. adakalanya dirimu mendiamkan dirimu kerana mahu aku memperbaikinya sendiri .. namun bibirmu tak pernah hilang senyuman untukku .. terima kasih b kerana masih disisiku melalui hari-hari yang kita lalui .. ku amat mengasihimu sayang.. ku tahu, sekiranya dikau tidak mampu untuk menahan berhenti dari sesuatu .. teruskan la bende tu, ku tidak pernah untuk menahanmu .. cuma ape yang ku mahukan, jgn la terlalu kerap dan terlalu banyak kamu megambil . itu sudah memadai bagiku .. Ku amat berbangga sekiranya, kamu berjaya melakukan semua itu .. Aku amat2 memahami situasi kamu itu wahai pencintaku ..
B..
masihkah dirimu ingat dengan surat-surat cintaku untukmu .. lembaran-lembaran puisi yang ku lakari bersama idea kratifku .. journal-journal kehidupanku untuk tatapan dirimu tika saat ku tidak dapat melihat atau memandang dirimu .. semuanya menjadi ketenangan dan kedamaianku kerana boleh meluahkan apa yang ku rasa .. maafkan diriku sayang sekiranya ianya agak emosional dengan rasa itu .. namun sayang hanya ingin b tahu apa yang sayang rasa .. dan kadang kala mesej-mesej itu penuh dengan keberanian untuk memberi kekuatan .. memberi teguran dari kesilapan .. dan sekeping gambar kite pada permulaan perkenalan kite masih ada didompetku .. kemana ku melangkah ku bawa ia untuk menjadi teras ku ubati kesakitan dan ketegangan belajar, training dan people around me ..
Kekasihku..
Saatku menulis kalimah disini, hatiku sarat dengan lautan kerinduan buatmu .. rindu yang mendambakan dirimu .. namun ku menggantikan dengan doa-doa yang tulus buatmu .. ku tahu saat ini dirimu perlukan ruang untuk dirimu .. ku doakan kesejahteraanmu, ketenanganmu dan kedamaianmu .. ku harap hari yang dilalui penuh dengan kebaikan..mudah-mudahan segala pintu kebaikan dan kerahmatan serta kesejahteraan kesihatan terbuka luas buatmu..
Baby....
ku tahu kadangkala aku tersasar dengan kemabukan rindu ini ... ku mengikut perasaanku tanpa memikirkan perasaanmu namun sayang kasih sayangmu yang menceriakan kehidupanku .. bila berjauhan dengan dirimu kala ini, hatiku baru mengerti betapa dalamnya makna erti cintaku buatmu .. kan ku nanti hadirmu .. | I MISS YOU | .. saat dirimu tiada disisi, cinta dan rindu adalah teman paling setia untukku .. Sesungguhnya berjauhan ini mengajar kita erti rindu. Betapa seksanya rindu namun ia tetap jua manis. Pada saat itu aku rasakan bahawa akulah orang yang paling bahagia kerana memiliki kasih dan cintamu. Rinduku ini mengajar kita erti setia pada sang kekasih yang dikejauhan. Walau tiada dimata, namun ia tetap kukuh dan teguh di hati. Kerana separuh daripada jiwa dan hatiku telah dibawa pergi bersamamu ..

Nota kaki :: |Dengan nama Tuhan yang menciptakan setitis cinta di jiwaku ini. Dan kini subur dengan kasih dan tiba masanya sekarang ia membuahkan rindu yang lebat didahanan perasaan .. Bahagiakanlah dia sebagaimana Engkau bahagiakan aku dengan cintanya. Rahmatilah dia sepertimana Engkau rahmati aku dengan kasihnya. Peliharalah dia sebagaimana Engkau pelihara diriku dengan rindunya .. Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan dilangit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui.. |

Monday, January 02, 2012

Indahnya Cinta Yang Tulus !

Jumpa neh dekat :148: tadi , rasa macam mau share lahh .
mau share dekat sini .. hehe ~ bOleh kann ?

"Dia terlalu sayangkan aku . Itu yang aku sangat pasti . Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku . Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku . Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk . Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri . Sebarang perselisihan , dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku ."
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu , dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan . Nak pimpin tangan pun tak boleh . Apatah lagi nak peluk . Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja . Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan . Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang . Tapi aku ? Bila aku cakap macam tu , dia cuma senyum dan cakap pada aku , " Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak ... Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak ... "

Bagi pendapat yaya . . . .
Indahnya Cinta Yang Tulus ... Seperti CINTA ku bersama Muhammad Hanis Bin Juhari ... Aku bahagia bersama die kerana die banyak mengajar aku erti percintaan selama ni , dan die juga telah banyak berkorban demi aku

Setiap insan seharusnya menerima pasangannya dengan seadanya..
Tidak perlu membanding-bandingkan dia dengan orang yang lebih kaya, hebat atau tampan..
Terima dia sebagaimana cinta itu bermula... Penerimaan tanpa syarat menunjukkan bahawa kita mencintainya dengan tulus..
Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan tanamkanlah impian untuk meningkatkan kehidupan tanpa mengorbankan kasih sayang dan keikhlasan yang sedia terbentuk...

Aku tidak pernah menegur, baik cara dia berpakaian atau apa sahaja yang berkaitan dengan sikapnya kerana aku tidak berniat untuk mengubahnya . Biarlah dia menjadi dirinya sendiri kalau dia lebih senang dan selesa begitu ... Itu yang aku mahu . Kerana aku tidak mahu mengubahnye.

Sesuatu hubungan percintaan adalah satu perjudian...
Tak semua orang bertuah mengecap hidup hidup bahagia berpasangan...
Sebaliknya, banyak yang menempuh derita sengsara....
Ajaibnya cinta, cinta itu buta dan cinta tidak mengenal engkau siapa, aku siapa...