"Aku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.."

Sunday, October 30, 2011

Just Smile =)

Bukan kerana paras dan rupa ,
menyayangimu sepenuh hati ,
 Bukan kerana emas permata ,
Cintaku tulus suci ,

Bumi yang mana tak ditimpa hujan ,
Lautan yang mana tak bergelora ,
Begitu juga dengan kasih kita ,
Penuh ranjau berduri .

Berjanji lah !
Hanya aku bertakhta dihatimu ,
Buamgkanlah kesangsian ,
Hulurkanlah seribu kasih sayang .

Usah diungkit perkara yang aku nampak ,
Luka yang pahit biarkan berlalu ,
Selagi nyawa dikandung badan .. 
Engkau tetapku sayang ..

Hati ini hanya ada kamu ,
Tak akan pernah berpaling darimu ,
Hidupku akan sepi tanpa kamu disisiku ,
Kerna ku amat menyintaimu ..

Ku hanya ingin kau tahu ,
Walau ada yang datang menganggu ,
Takkan ku biarkan ia berlaku ,
Kerna cerita ini hanya untuk kau dan aku ..

Meski pun kau jauh dariku ,
Hanya hati kita yang bersatu ,
Ku bersyukur kerna adanya kamu dalam hidupku ,
Kerna kamulah segala2nya bagiku ..

Seandainya kau tahu ,
Hati ini ikhlas menyayangi dirimu ,
Biarpun derita merinduimu ,
Ku akan tetap menantimu ..

P/S : Cinta tak boleh dijual beli dgn wang ringgit...
Wahai pencinta di dunia ini, sayangi dan hargailah ape yg kite miliki saat ini... Sesungguhnya tuhan hanya memberi hamba-hambanya satu peluang yg paling bermakna tanpa kite sedari...

Friday, October 28, 2011

Kisah hati saya =(

Aku betul2 xkuat dengan ape dugaan yang kamu berikan padaku YaAllah ! berikan lah aku petunjuk .. Sekiranya dugaan yang engkau berikan ni demi untuk mencapai kebahagiaanku kelak .. aku terima YaAllah .. Tapi jika sebaliknye .. aku mohon YaAllah .. berikan aku hidayah dengan ape yang berlaku ni ..

Nape mesti semua masalah berpunca dari aku ? kenapa ?
 
Kadang-2 aku sering menyembunyikan satu rasa yang sakit sehingga menitiskan airmata , namun kamu tidak akan melihat , kerana menangis aku senyap .. Aku menagis dalam hati . Derita yang sukar kamu pahami kerana aku pandai memainkan watak lakonan untuk menyebunyikan kesedihan disebalik senyuman yang terukir olehku .

Dan sekiranya kamu melihat airmataku mengalir , Sesungguhnya penderitaan yang aku alami amat perit .. Dan seolah2 telah hilang satu kekuatan dalam diri aku kerana aku sering menahan air mata itu daripada keluar . Dan jika kamu terus biarkan aku dalam kesedihan , mungkin aku melakukan perkara diluar kawalan . Bimbinglah aku , Tenangkan lah HatiKu ..

Kadang2 aku jarang menyatakan kata rindu , kata sayang tapi janganlah kamu berangkapan bahawa aku tidak merinduimu langsung , dan menyayangimu .. Tapi aku sengaja memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu . Kerana Hatiku amat berbunga-bunga jika seorang yang aku cinta memberitahu yang die sedang merinduiku . Dan apabila aku mengatakan bahawa aku juga merinduimu , Itu bermakna aku benar-2 maksud kan . Memang kita berjauhan tapi bayangan kamu akan sentiasa bermain dimata aku , Kadang-2 aku sanggup tidak melakukan kerja kerana aku amat merindui kamu ..
 

P/S : Cinta itu indah , walaupun cinta tidak bisa dilihat , Tetapi Cinta itu idah dan cantik . Cantiknya itu tulin dan tidak bertopeng . Bukan saja ia cantik malah suci murni , bercahaya gemerlap dan putih bersih , bergantung kepada individu tersebut mencorakkan cinta itu .

Wednesday, October 26, 2011

Diam itu Sifatku


  Hye readers .. Just want to say , last night aku mimpi ngeri kut . YaAllah , jantung ku berdetak yang amat kuat . Kenapa mesti muncul mimpi-2 mcm tu dalam diari hidup aku . Tak yah cerita la kut mimpi aku tu , bia la hanya seorang je yang tahu ape yang aku maksud kan . Sebab die lah orang terpenting dalam hidup aku . Segala ape yang berlaku pada ku , Die la orang pertama tempat aku mengadu . Tapi kadang-2 ape yang aku mengadukan tak semua diselesaikan dengan lembut ..Kadang-2 telingga aku dicuci oleh die .. Jadi, aku dengar je la .. Sampai kadang-2 aku takut nak mengadu pape pada dia lagi . Memang aku hanye takut pada Allah s.w.t , aku hanya taat pada yang satu . Tapi kata-2 dia dan perbuatan die membuatkan aku takut .. takut terlukakan hati dia . Aku tak kesah kalau tak ada siapa yang jaga hati aku , tapi aku nak jaga hati dia . 

Ok back to our topic , Dalam mimpi aku tu  , aku hanya mampu terdiam . Aku tidak mampu berkata apa-2 .. Berdiam dari membalas kata itu ... mungkin aku ... Aku lebih senang untuk berdiam diri dari terus mempertahankan sesuatu yang aku mahu . Kerana sebelum ni pun aku pernah pertahankan diri aku yang aku 'tidak perlukan kebebasan' tapi ... itu semua  akan terpias dekat aku balik .. Sekiranya kamu tetap memberi kebebasan kepada aku , aku tetap tidak akan guna kan kuasa itu untuk kepentingan sendiri . Aku tetap akan memberitahu kamu dengan sapa aku mesej , aku call , aku keluar or aku chatting kerana aku tidak mahu sedikit pun berahsia dengan kamu . Dan Aku pun berharap kamu tidak akan pernah berahsia dengan ku ..dengan sapa kamu mesej , kamu chatting .. Just Let Me Know ! aku tidak akan marah kalau kamu jujur pada ku , Tapi jangan bende tu kantoi dengan mata aku . Sungguh perit kalau bende itu berlaku . Tapi sekiranya  kamu tetap tidak mahu memberitahu aku apa yang kamu lakukan , its OK ! sebab aku tidak akan pernah berdendam dan akan terus mengupdate diriku pada kamu dari masa ke semasa .. dengan apa yang aku lakukan . Aku terpaksa  demi cinta . Itu lah kelemahan aku yang kadang-2 kata2 ku tidak terucap bila diberi tomahan yang mengiris kalbu .

Kadang-2 berdiam aku bukan bermaksud aku mengakui salahku . Kadang-2 juga aku diam bukan bererti aku salah . Tapi aku memberi ruang pada satu kata-2 untuk aku dengar , supaya aku kenal hati budimu .  Kerana aku sangat menyintai kamu .. kamu la sumber inpirasi aku . Aku bersyukur , damai dan berterima kasih kerana dihargai . Cinta dan matiku adalah kamu .
 
P/S :  aku mengharap hasil-2 nukilan yang terhasil diatas , hanya la sekadar meluahkan . Cerita di dalam blog aku ni haruslah di sandarkan atas pemikiran akal aku . Kerana aku takut akan kesannya . Kadang-2 aku salah dan silap dalam memberi satu pendapat dan pandangan .

Sunday, October 23, 2011

Bisikan kata hati ku .

Maafkan daku , kadang2 ada bisikan menyuntik kata kasih dan memberi aku dalam khayal untuk melupakan kamu sejenak .. Kadang2 aku kuat untuk menempuh , tapi hakikatnya aku lemah dan tersungkur . Maafkan daku .


Aku cuba belajar untuk mensyukuri nikmat yang ada . Memberi satu harapan pada hati supaya pada sesuatu yang telah menjadi milik kita . Sesuatu yang telah kita ada . Dan aku tidak akan sia-siakan apa yang kite telah miliki . Aku tidak akan pernah keluar kn perkatan "TIDAK" atau mengeluh jika sesuatu yang "Di" minta itu, adalah untuk kebahagian dan kepuasan .

Aku belajar untuk setia . Setia bukan untuk dicurangi .. Mengapa kita lepaskan  peluang untuk diberikan kepercayaan kepada kita ? Aku berpegang pada janji untuk SETIA , tapi kenapa setelah diberi kepercayaan .. mesti ada yang mungkiri janji setia ?


Aku belajar untuk menghargai .. Hargai selagi masih ada cinta bersemi dihati . Dan pupuklah jika semakin hilang dan pudar cinta itu . Walaupun aku cuba melepaskan kenang2 dulu yang selalu menjadi tanda kasih terlarang , aku jua masih hanyut didalam ratapan bisu , tanpa kata . Aku hanya boleh mengikut segala arahan dan tingkah laku nya .

Jangan la sesekali pernah cuba untuk berhenti serta melepaskan .. INGAT ! jika kita gagal merancang , bermakna kita gagal untuk belajar erti kesetiaan . Kesetiaan perlu ada nilai hati yang ikhlas tanpa dibuat2 .. jika tanpa adanya keihlasan dalam diri , kite sebenarnya merancang untuk kehilangan .


Jangan merasakan terlalu sempurna . Setiap kita ada kelemahan sendiri , kerana itulah sifat manusia . Jangan meletakkan sasaran yang terlalu tinggi dan jangan lah pula kita takut untuk berdepan dengan realiti kehidupan yang kite lalui sekarang ini . FACE IT !

Rancang yang terbaik dan laksanakan yang termampu . Natijahnya serahkan pada Allah S.W.T .. Kadang2 sifat yang terlalu inginkan kesempurnaan menyebabkan kite menjadi takut diantara dua hati ..


Dan jika kite tidak mampu , Belajarlah untuk katakan "tidak" .. Tak semua permintaan perlu kite penuhi , tak semua tanggungjawab perlu kite tanggung dan tak semua tugasan , kite perlu buat . Sentiasa nilai perancang kite , ukur kemampuan diri kite sebelum menerima tugasan atau tanggungjawab . Kadang2 ape yang disuruh kite buat , tapi hati seorang perempuan cukup takut untuk meminta sesuatu apa yang diingin kn . Sebab permintaan itu belom pasti akan ditunai kan , dengan alasan hendak menjaga hati orang lain berbanding hati pasangan nya . Aku hanya mampu TERdiam dan senyum . 

Orang tidak akan merasakan apa yang hati sendiri inginkan . Kita takut akan sesuatu hinggakan kita terlupa soal hati kita . Walaupun kita masih tersenyum indah , Namun sedangkan didalam hati kita menagis kesedihan .


Jika andai ada salahku , pimpin la aku . Tunjukkanlah padaku satu jalan agar aku tidak tersesat . Jika ada yang terasa , katakanlah . Tegurlah aku agar , aku tidak lupa diri . Mohon agar perbetulkan aku jika aku menyimpang jauh dari satu cerita ini . 

P/S : Sekadar meluahkan apa yang di dalam benak fikiranku . Inilah caraku mengenal erti kehidupan , menulis bukan kerana nama tapi punyai RASA !

Thursday, October 20, 2011

kenapa aku sayang dia sangat2x...dia bagaikan nyawa aku...aku sayang dia


Yang INDAH itu CINTA ! , 

Awak ,, kate orang cinta itu INDAH . Mula2 saya tak faham apa itu indah . Sekarang baru saya faham apa itu Indah ... Indah bila bersama awak .. Dapat memberikan yang terbaik untuk awak ..
Awak ,, saya jadi rindu untuk tengok senyuman awak , untuk dengar suara awak . Awak selalu ada disisi saya setiap kali saya memerlukan awak .. Kata2 awak selalu jadi perangsang setiap kali saya tersungkur ..
Awak ,, SAYA SAYANGKAN AWAK ! <3 

AWAK KENA FAHAM

Awak kena faham ..
kenapa saya cemburu tengok awak bahagia conversations dgn org lain ..
Sebab saya sayangkan awak ..
Cemburukan tandanya Sayangggg ??

Awak kena faham .
Kenapa kadang2 saya tak bagi awak bagi no fn awak kat orang lain 
Sebab saya tak nak awak lupa saya bila awak msg dorang ..
Saya nak jadi orang terpenting dalam hidup awak ..

Awak kena faham ..
Kenapa saya selalu call dan msg kat awak ..
Sebab saya terlalu rindukan awak ..

Awak kena faham ..
Kenapa kadang2 saya marah awak ..
Sebab saya nak yang terbaik untuk awak ..

Awak kena faham ..
Kenapa kadang2 hati saya tak sedap bila pk pasal awak ..
Sebab saya terlampau cintakan awak , 
Saya takut awak noty2 ngn orang lain ..

Awak kena faham ..
Kenapa saya buat pengorbanan kat awak ..
Sebab saya nak hidup selamanya dengan awak ..

Awak kena faham ..
Kenapa saya selalu minta nasihat dan bimbingan dari awak ..
Sebab awak kan tulang belakang saya ..

Awak kena faham ..
Kenapa saya selalu ucap terima kasih kat awak ..
Sebab saya nak awak tahu yang saya menghargai awak .

Awak kena faham ..
Kenapa saya selalu lambat bersiap ..
Sebab saya bersiap untuk menambat hati awak .. bukan orang lain ..

Awak kena faham ..
Kenapa saya suka sangat mengadu dengan awak ..
Sebab awak la segalanya bagi saya ..
Saya nak awak sorang jek yang tahu ..  

Awak kena faham ..
Kenapa kadang2 dalam perhubungan perlu adanya JANJI ?
Sebab saya taknak awak ulangi kesilapan awak .
Awak tak nampak lagi ke semua tu ? 

Sekarang awak faham kan ?????

P/S : Jika dalam perhubungn tiada kejujuran, pastinya akan berakhir dengan sia-sia . =))

Wednesday, October 12, 2011

Semoga CintaKU , cintaMU dan cintaNYA akan kekal selamanya

Awak ..
Awak adalah insan yang paling baik yang pernah saya kenal .. xde sape dapat gantikan awak untuk saya .. awak nak taw tak ? tiap2 malam saya akan pegang gambar kite sebelum saya tido .. 24 jam awak msg saya kan ? Gembira nya rasa hati saya ni , , xtaw nak cakap macam mana . Awakk ,,, awak special sangat bagi saya ..  saya xkesah ape pandangan orang terhadap saya and awak , dorang tak tahu cerita .. dan dorang boleh cakap bukan2 pasal kita .. tapi saya tak kesah .. sebab itu sume ujian bg hubungan kite ni .. dan saya tahu , Tuhan masih sayang kn kite .. sebab tu die bagi macam2 dugaan untuk kite bersama .. Hidup kat dunia ni tak semua yang indah,, lagi banyak kita dapat dugaan dan cubaan dariNYA ,,, kita akan semakin kuat dan tabah ..  Awak ... Bila orang tanye sape BF saya ? dengan bangganye saya tunjuk gambar awak .. betapa cintanya saya terhadap awak wahai insan yang dinamakan "Muhammad Hanis Juhari"

Seandainya awak tahu , semenjak saya kenal awak . Saya da boleh  memahami isi hati awak sikit demi sedikit . Awak ade naluri untuk disayangi , ada rase untuk diberi perhatian , Ada rase untuk didengari keluh kesah dan ada waktunye diminta  untuk ditemani kesedihan awak . Awak ... rajuk seorang lelaki minta dipujuk , marah seorang lelaki perlu didekati , sedih seorang lelaki harus didengari dan gembira seorang lelaki ingin dikongsi . dan LELAKI  itu adalah AWAK ! =) Saya hargai sangat kehadiran awak dalam hidup saya .. <3

Awak , seandainya awak tahu , saya ade sekeping hati yg lembut .. BUKAN untuk dimanjai , BUKAN juga untuk ditatang bagai minyak yang penuh .. saya cume perlu kan sedikit perhatian agar rase kasih tu terase wujud walau disaat kita jauh . Awak  pernah cakap kat saya "Sayangi la seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang , bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini" dan bagi saya .. "Cintai la seseorang itu kerana hatinye , bukan kerana paras rupa semata-mata sebab anugerah yang Tuhan beri kepada hambanya adalah pinjaman didunia.. bila2 masa Tuhan boleh tarik pemberiannya kepada kita .. tapi HATI ,, akan kekal sehingga akhir hayat kita" Syukur kehadrah Ilahi ..

Walau penat macam mane pun saya , tapi bila saya jumpa awak depan mata saya .. hilang penat saya bila tgk muka awak .. awak COMELL sangat ! Balik rumah jek mesti saya terus call awak , sb saya rindu kat awak . Rase sekejap jek dapat jumpa awak .. :'( 

I never thought that love was true until the day i met you .. and when i met you all my dreams came true ..
Having you in my life , makes everything so special and beautiful .
I love YOU , not because of what you have but because of what i feels .. 
I care for you , not because you need care  , but because i want too ..
I'm always here for you , not because I want you to be with me  , but because I want to be with you ..
I love you more than any word can say ,, I love you more than every action i take .. i'll be right here loving you till the end . 
Please never ask me , WHY i love you .. just accept that I do , and that i will for the rest of my life .
You know what , when i looked into your eyes I didn't see just you .. but I saw my tomorrow , and my future its YOU ! 
My love to you is everlasting .. it will never grow old and it will never fade away .. i will forever love you !
If I had to choose between breathing and loving you ... I would use my last breathing to tell you .. I LOVE YOU ... <3 <3 <3 =))
P/S : i love you once , i love you still , i always have .. n i always will ...And I love you for being you and the way you make me feel when i'm with you ! Muhammad Hanis Juhari .. =))

Sunday, October 09, 2011

Maaf Kan Saya.. Awak !

I tried to fix it .. i guess i didnt try hard enough ..
Dulu, waktu saya break dengan ex bf sy , awak hadir tepat pada waktunye ! Saya betul2 sedih dengan sikap ex bf sy , tapi awak hadir tenang kn jiwa saya .. terima kasih awak ! Lama kelamaan saya rasa , saya da mula suka kn awak , tapi saya masiih keliru dengan kata hati saya . Kadang2 saya selalu tertanye siapa yang betul2 saya cinta ? awak atau dia ?
Sedang kan awak baru hadir dalam hidup saya , tapi knpa saya rasa terlalu bahagia bila awak bersama saya ? Saya keliru :'( Masa2 yang kite lalui sebelum ni cukup2 indah ! Saya selalu kate kat awak saya BAHAGIA ! awak cukup sifat yang saya impikan :'( Boleh x saya nak cakap tiga perkataan ni kat awak ? SAYA CINTA KAN AWAK <3 ! 
Awak selalu hadiah kn saya macam2 .. awak memang kaya dengan kasih sayang awak terhadap saya , Paling saya suke , bila awak beli kan cincin tok saya . Saya selalu pakai cincin tu kemana je saya pergi . sebab saya nak awak selalu dekat dengan saya .

Bagi saya , Tak ada sikit pun kesedihan yang awak bagi sepanjang kite bersama .. Walaupun kite jarang bersama tapi sms awak selalu ceriakan hari2 saya .. Gembiranyee saya memiliki awak !! Awak nak tahu x ? setiap kali tidur , saya tak sabar nak bangun sebab saya tahu tiap kali saya bangun ada orang akan call @ sms saya , maknanya setiap hari ada orang sedang menunggu saya , dan orang itu , adalah AWAK ! =) Kita sama2 rasa , kita sama2 kata yang kite susah nk sayang kn seseorang  , percaya seseorang .. Awak dan saya sama ! Sekali kita sayang , kita akan pertahankan tok milik kita .

Tapi semalam kita gaduh , jahatnya saya wat awak mcm tu . Saya tak pernah nak hargai awak , Saya tak pernah bersyukur bila ada awak .. Saya suka marah2 awak , saya suka perli awak , saya suka wat awak nangis .. bila awak nages saya buat bodoh jek ... bila awak merajuk saya wat tak taw jek .. :'( Awak , sebenarnya saya tak reti nak pujuk sebab saya ni terlalu bodoh untuk itu .. Awak , sebenarnya saya terlalu sayanggkan awak tapi saya kurang mahir dengan perasaan macam tu .. Sebab mase tu mungkin hati saya pun sakit jugak kat awak , sebab tu saya xleh pk nk pujuk awak .. MAAFKAN SAYA AWAK ! :'( 
Awak , sebenarnye saya rindu kat awak tapi mulut saya ni berat sangat untuk ucapkan kata-kata rindu tu . Awak , sebenarnya saya cemburu bila awak tgk conversation awak dengan orang lain , saya pernah bagi taw awak . tapi saya cube tok abaikan sebab saya nak jage hati awak , saya tak nak gaduh lagi ! 

Awak, sebenarnye .. saya sedih bila tengok awak sedih ..  tapi saya tak suka menunjuk sebab ego saya terlalu tinggi untuk itu . Bila awak nages , saya pun menitiskan airmata tapi awak takkan nampk semua keperitan tu . Kadang2 saya marah dengan diri saya , bila wat awak sakit .. sebab saya jauh .. so saya tak leh nk jaga awak .. Nape saya terlalu bodoh ngn bende tu ? npe saya selalu wat awak sakit hati ?

Tapi awak , sejak kebelakangan ni , awak da berubah .. awak da lain .. Awak jadi pemarah , awak jadi sensitive , awak jadi malas dengan gurauan saya .. :'( Kenapa awak ?! Saya taw saya banyak buat silap sebab saya banyak lukakan hati awak .. Tapi awak , saya buat sume tu , tok awak .. tok hubungan kita ! dan hanye untuk awak ! Tapi awak , makin hari saya jadi makin lemah ... saya da tak terdaya untuk lakukannya .. :'( MAAFKAN SAYA AWAK ! :'(

Awak , maafkan saya sebab menyakiti hati awak .. Maafkan saya sebab buat hati awak terluka . Maafkan saya sebab tak pandai nak jaga perasaan awak . Maafkan saya sebab tak memahami awak .. Maafkan saya sebab menjadi teman wanita yang tidak mampu mengembirakan awak .. tak menjadi yang terbaik tok awak .  Maafkan saya sebab wat awak sedih .. Maafkan saya awakk ,, awak terlalu baik untuk saya walaupun saya selalu menyakiti awak .. Tapi awak , saya tak pernah benci kat awak , tak pernah berdendam dengan awak , saya tak pernah lupa tok mendoakan kebaikan untuk awak . Semoga ranjau dan onak disepanjang perjalanan kita ini dapat mendewasakan kita .

P/S : I don't know how I could have done that thing , when I love you like itself . PLEASE FORGIVE ME !

Saturday, October 08, 2011

Hari ni, saya terlalu rindukan awak :'(

Ditujukan Khas untuk orang yang selalu mengembirakan hati saya tatkala saya sedih , kecewa dan marah .
Walaupun mula2 kite cume berhubung di Facebook , tapi kat facebook ni la saya mula mendekati awak dan menyayangi awak . Tapi kadang2 tu saya terasa sangat dengan awak, tapi hati saya kata xpe , sebab ape yg awak lakukan itu adalah terbaik tok hubungan kite ni .. Saya hargai n saya xpernah rasa se care yg awak bg kt saya selama ni . Saya terharu dengan segala kata2 awak terhadap saya . Walaupun saya terpakse korbankan dunia atlit saya, kawan2 saya .. Saya sangup demi awak, demi hubungan kite . Bia la ape yang orang nk cakap pasal saya, nk remove saya ke , nk mengata pasal saya ke .. saya xksah , janji saya ade awak .. saya ade family saya disisi saya .

Awak, awak ingat x masa kite pertama hang out ? awak bawak saya jalan2 pusing2 KL .. ?
Awak pegang tangan saya, sambil awak bercerita tentang diri awak . Saya rase happy sangat2 mase tu .
Pastu tetibe ex-gf awak call nk balik pada awak , hati saya sakit sangat masa tu .. tapi awak bisik kat telinga saya yang awak hanye pilih saya seorang je , hati saya yg sedih tu hilang dengan gelak tawa kita .. Dan muka awak nampak happy sangat tiap kali pandang saya, bagus la .. sebab saya happy bila dapat buat awak gembira . Tiap2 hari awak datang sembang dengan saya , awak cerita pasal family awak, awak anak sulung lelaki .. tanggungjawab awak terlalu besar tok family awak , kagumnyeee saya pada awak , mcm x percaya ade lelaki sebaik awak wujud lagi kat dunia ni ..

Bila awak da start kje ni, kadang2 je kite jumpe .. rase rindu plak kat awak, xsangka awak pun rindu saya juga, Tiap2 hari awak cl n msg saya .. saya happy yg amat sangat, bila hujung minggu je .. mesti awak dtang dari jauh semata2 tok jumpe saya, terharunye saya ... =))
Satu hari tu , saya ade tanye "Kenapa awak baik sangat pada saya?" Awak jawab , "B mane de baik , b jahat kn..=)" Tapi xpe , saya taw .. sebenarnya awak sayang kt saya kn .. HAHA !. =p
Awak buat saya rase disayangi dan diperlukan . Saya boleh rasekan yang saya penting bagi awak, sbb tu awak mrah sape2 yg mula rapat ngn saya . Tapi xpe , saya xkesah sume tu .. sbb saya rase bahagia sgt klo awak buat macam tu , Selalunye kite happy , tapi kadang2 kite ade la jugak gaduh kn ? Tapi xlama pun ... sbb sebelum tido awak mesti call dulu untuk pastikan saya happy , selagi saya xhappy.. awak xboleh nak tido .. TERIMA KASIH AWAK , AWAK MEMANG BAIK SANGAT2 !

Awak penah cakap "1st elaun b , b akn treat syg . sb sblm ni syg da bnyk bntu b , skrg ni giliran b lak ..b nk jage syg baik2 dan nak bahagiakan sayang". TAK terkata saya , terima kasih awak . Saya bahagia bersama awak . Awak penah tnye saya nk ape ? saya xtaw nk ckap ape ,, sb sy Cume nak awak .. kasih sayang , kejujuran , kesetiaan dan keikhlasan awak terhadap saya da cukup bermakne buat saya . Dan yg penting sy nk hubungan kite ni , bia la bahagia sehingga nafas yg terakhir ..

P/S : No one can look at me the way you always have and make me feel so complete...and so completely in love .

Thursday, October 06, 2011

Thank For Everything =))


Tamat sudah training aku pada arini, letih yg amat sangat . Tapi xpe, enjoy jugak ngn dak2 sengal ni . HAHA ! Sementara aku nk balik , n dengar brieffing .. aku rase macam ade something nak luahkan . =))

 I promise will be the best for you .
Awak, meski pun kite baru kenal .. tapi hati saya cukup bahagia mengenali awak .
I am loving you more each day, more than yesterday n more towards the days ..
Meski pun kadang - kadang awak terlalu seriuz, tapi hati awak baik .. dan saya tahu awak nak yang terbaik dalam hubungan kite nie . Saya Harap awak akan hargai saya seperti mana saya hargai awak .
Saya harap hubungan kite sentiase kekal . Macam bulan dengan bintang yang sentiase bersama ynag tidak pernah berpisah . 
Jika Indah satu pertemuan, jangan la kite akhiri dengan Perpisahan.
Jika Suci satu perkenalan, jangan la kite cemari dengan Pendustaan .
Jika bernilainya sebuah perhubungan, hargailah ia dengan Keikhlasan .

MyMom always said :
"Jika kamu betul2 mencintai seseorang, pastikan kamu sanggup menghadapi walaupun ape jua rintangan yang melanda . Jika kamu tak sangup berbuatt demikian maka lepaskanlah dia sebelum kecewa berlaku diantara kamu dan dia . Cinta tak dapat di bace dengan mata kamu, tapi hanya hati kamu yang benar2 mencintai dia" Thanks mama, yaya akan ingat perkataan ni sampai bila2, kata2 mama ni la membuat kn yaya kuat untuk menerima ape jua dugaan yg bakal menempuh diri yaya .. =)

The day i will stop loving you, when i close my eyes and stop breath .
P/S : I don't know what magic is each moment that I spend with you, in all the love we share . I don't know how dreams are made, I only know it's true that everything I need I have as long as I have you .

Tuesday, October 04, 2011

Kenapa Saya Cintakan Awak ??? >_<'

jika denganmu salah, ku tak mahu yang benar .
jika denganmu rebah biarlah kutercalar ,
walau dilanda badai, kusanggup kerna ku mampu .
kita berdua bersatu ..
Mesti awak nak tahu kan ? Sebab awak adalah inpirasi saya . Awak adalah Cinta Terindah dari Allah .
Ape istimewanye awak ? Dalam berjuta juta permata, tiada apa yang dapat menilai Bertapa Istimewanya awak dalam hidup saya .
Saya hargai awak, saya tahu awak pun hargai saya dalam hidup awak kn ? HAHA ! Seeeerrraammmm nieh !
Awak... awak nak tahu x dimana awak dalam hati saya nie ? apa yang awak perlu tahu ...
awak sentiasa ada dalam hati saya sebab awak adalah Anugerah Dari Allah .
Tiada karya seindah awak .. =)) biar pun saya terpaksa berkorban demi awak ..
Cuma bagi saya, saya nak awak gembiraaa . Senyuman awak adalah paling manis yang penah saya lihat ..
Dan Awak adalah pemberian yang terindah dariNYA ! So i have a little something to tell you ...
I LOVE YOU ! and thanks GOD coz gave you at me =))

P/S : "Biyy, kau hadir dengan senyuman .. hadir membawa sejuta harapan .. membuat hidupku tiada kesunyian, dalam melayari bahtera kehidupan . Akn ku jaga senyumanmu supaya kekal selamanya dibibirmu ."

Sunday, October 02, 2011

~One day spend time with him =)~

Hari ni, mmg hari bahagia buat aku .. tp kalau nk di ikut kan, ari2 aku bahagia . HAHA ! aku rase x sabar nak hang out dengan "Dia" coz maybe today is last the day im having fun with him, sebab bersamaan dengan 3 Oktober 2011 .. Die da mula menempuh alam pekerjaan, sedih yang amat2 sangat !! :'( tp xpelaaa.. die cari duit tok masuk minang aku jugak nnt . hahaha !! ayat macam mintak cangkul jek, =D .. 

So pagi td, aku bangun awal giler kut .. yelaa,, semangat kn nk jmpe orang tersayang . hehe ! then aku pun siap2,, bile da siap2 .. tetibe Hubby aku cl , "Sayang... kite kua lambt ckit taw, b baru jek bangun ni" adeyh ! Tuhan jela taw perasaan aku time tu, tp xpela... sayang punye pasal, xde hal la sume tu biyyy .. =) Dalam nk tunggu die siap, ape lagi sesi photo snap la . haha ! 
Dalam hati, Tuhan je tahu . hahaha ! (Guraw jek) =))

Dan kami bertemu di suatu tempat, sb arini memang banyak gilerrrr plan kite orang taw . HAHA ! Firstly pergi Maju Junction sb nk setle kan payment ...
My sayanggg ni mmg xsuke tangkap gambar, tp aku pakse gak die, haha ! cian die time ni .. COMEEELL sangat muke awak .. LIKE !!

Sesampai jek kt stesen Titiwangsa,, tetibe aku n my dear ternampak kelibat kak chah a.k.a Aishah Rahman . HAHA ! nk tgk x gmbr tu ?? sat noe , hihihiihi =)
sori kakchah,, yaya n abg tergelak awesome kut td, hahaha ! peachhh yaw !!

Then kite org sampai kt BB, so sementara tunggu kawan my dear datang . Ape lagi, sesi photo snap bermula lagi . hehe !
He said : Memang camera tu tok sayang sorg jek , haha ! rilexxx la biyy =))

Biy suke wat mukee cam tu kan ? tp xpe, sayang xkesahhh . Janji Rockkk !! HAHA !

Akhirnyee, baru la biy senyumm .. SO SWEETTT ! Hahaha !! Love YOU forever .. =))

P/S : Hepy ngan awak sygg .. awakk bnyk brubah sbb sye kan .. hihi .. Perasan btl la saya nieh  . haha ! love u Biyy . Semoga kite kekal ke Akhir Hayat k .. Adeyh, Jiwangss la plak . hehe .. =))