"Aku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.."

Wednesday, November 06, 2013

Selamat Ulang Tahun Sayang..


Assalamualaikum sayang
Hari ini hari ulangtahun kelahiranmu
Hari ini aku masih diberi peluang
Menikmati hidup bersamamu
Menatap senyumanmu yang menyenangkan
Merenung dalam2 matamu yang penuh kelembutan



 


Selamat ulangtahun sayang
Semoga tambahnya usiamu
Meningkatkan kematanganmu
Menguatkan keimananmu
Mencantikkan keperibadianmu

Selamat ulangtahun sayang
Tiada hadiah yang istimewa dapat kuberikan
Selain cinta kasihku untukmu
Sayang dan kesetiaan sebagai bakal isterimu
Keikhlasan yang jitu biar apapun yang berlaku

Di hari ulang tahunmu ini
Ku selipkan do'a untukmu
Agar kedewasaan mampu merubahmu
Mengerti akan erti cinta sesungguhnya
Ku tahu,,,
Aku tak sempurna untukmu
Tapi cintaku selalu sempurna untukmu
Walau kadang cinta membuat kita jauh
Suka dan duka pernah kita lewati
Segala rintangan pernah kita hadapi
Kadang egomulah yang mengalahkan semuanya


Aku terimamu dengan kisah silammu
Aku terimamu dalam keadaan sekarang
Aku akan terus disisimu selagi kau mahu
Sesungguhnya itulah hadiahku untukmu

Semoga kebahagiaan selalu berpihak padamu
Aku di sini masih menantimu dengan setia
Menunggu waktunya tiba
Di mana kita akan bersama
Menjemput mahligai cinta berdua
Menuju kerajaan cinta
Bersatu untuk selamanya,,,

SELAMAT ULANG TAHUN MY DEAR 
MUHAMMAD HANIS JUHARI =)


Cinta pertama saya...guest who ??


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Da lama rasa nya tak bukak blog ni... da berhabukkk habiss....hehe.. tujuan tulis blog ni sb tetibe terasa nk berjiwang pulak kan..hihihi.. ok, lets check it out !

Inilah cinta hati saya..hehehe
Orang kata, untuk jatuh cinta kita kena kenal hati budi seseorang itu dulu.
Dari mula bersahabat, mengenali peribadi dan hati budi dia, barulah hati ini tertarik padanya....mungkinlah.
Itu pun kalau tertarik pada dia kan. Hehe.

Orang kata, love at the first sight ni ala-ala cerita dongeng orang putih dulu-dulu.
Aku tak pernah percaya adanya love at the first sight.
Yelah, mana mungkin?? Kita tak kenal orang tu, takkan boleh jatuh cinta sewenang-wenangnya, betul tak?
Entah siapa-siapa dia, dari mana asalnya, langsung tak de klu, macam mana mahu jatuh cinta?

Tapi, akhirnya aku telah jatuh cinta pandang pertama.

Aku tak pernah kenal antara erti cinta dan suka.
Apa bezanya? Lebih kurang sajakan?
Eh, memang ada beza. Ejaan cinta dan suka sendiri pun dah lain. =)

Aku tak pernah jatuh cinta pandang pertama seumur hidup aku.
Selama ni, crush atau feeling feeling cipan pun dari persahabatan yang terbina.
Berkawan, makan sama, bermain sekali, belajar sama, lalu terciptalah perasaan itu.

Aku tak pernah percaya suatu ketika dahulu.
Bagi aku, ianya sesuatu yang mustahil.
Mencintai seseorang yang tidak kita kenali.
Dia je yg mengenali diri  aku dan add aku dalam FB.
Tiada sangkut paut dan tiada jalan cerita yang seiring dengannya.

Rupa-rupanya, aku telah jatuh cinta pandang pertama.
Buat pertama kalinya, dialah cinta pertama aku.
Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku, apakah ianya sekadar mainan perasaan?
Adakah dia salah seorang antara crushes yang aku ingin kan?
Perasaan yang sama sekali lagikah?

Ternyata dia cinta pertama aku.
Aku bukan seorang yang pandai berpura-pura.
Perasaan itu jelas terukit di wajah aku.
Aku tidak pandai untuk menyembunyikan rasa.
Inilah kelemahan aku.

Aku masih ingat, dan sentiasa terpahat utuh di hati aku.
Di saat pertemuan aku dengan dia di metropolitan, saat aku terpandangkan wajahnya yang tersenyum manis (menawan sangat!),
hati aku dah berdebar-debar dan mula tidak menentu.
Aneh. Pelik. Semacam.

Aku cuba pandang dia lagi.
Aneh. Aku tak dapat bertahan lama. Aku jadi segan.
Lantas, segala pergerakan aku terasa canggung sekali pada waktu itu.
Dan secara tak sedar, rupa-rupanya aku telah merenung dia.
Aduh, inilah kelemahan aku. 

Sesungguhnya aku cintakan dia.
Tiada alasan, dan tiada sebab.
Aku tidak pernah kenal dia.
Aku tidak pernah tahu dia.
Sejarah aku tidak pernah ada dia.
Yang aku tahu, dia sudah berpunya
Namun, sejak hari itu namanya telah terselit kukuh di dalam hatiku.
Nama yang unik dan panjang, membuatkan aku tertarik padanya lagi.
Hehe, merabankan aku?
Aku sendiri pening dengan luahan kata-kata ini. Sungguh jiwang karat lagaknya. =P

Perasaan ini tulus dari hati aku.
Perasaan ini bukan dibuat-buat, direka dan bukan senang untuk dihapuskan begitu sahaja.
Perasaan ini adalah hadiah yang teristimewa dari Allah untuk aku.

Aku bersyukur mengenali dia.
Aku gembira pernah menjadi sebahagian kecil dari hidupnya.
Walaupun mungkin aku tidak dapat untuk berkata-kata dengan dia lagi.
Kerana kemungkinan kata-kata aku yang kononnya dari isi hati aku, 
akan menambah beban dirinya lagi.

Maafkan aku seandainya perasaan aku ini pernah membuatkan kau terasa terbeban.
Aku tidak ingin memaksa, untuk meminta kau membalas rasa ini jauh sekali.
Tidak pernah terlintas di hati.
Kerana siapalah aku di sisi kau. 
Aku manusia yang penuh kekurangan dari segi akal, budi bicara dan attitude yang begini.
Cuma, aku tidak pandai mennyembunyikan rasa ini apabila aku berhubung dengan kau.
Jadi, lebih baik aku menyepi dari duniamu. 
Walaupun, kadang-kadang terbabas juga, tapi aku akan berdisplin dan tidak mengganggu kau.
Cuma, tiada janji yang akan dilafazkan di sini =D 

Rasa ini sentiasa ada di hati aku.
Bagi aku, cinta pertama ini adalah yang terbaik dalam hidupku.
Ye. Aku tahu, ramai yang perlukan kau..ramai yang mahu kau jadi teman hidupnya.
Tapi, hati aku yakin dengan perasaan ini.
Jangan risau, yakin ku hanyalah pada-Mu Ya Allah.
Kerana Dia lah yang Maha Berkuasa dalam membolak-balikkan hati dan perasaan hamba-hambanYa.
Harapan dan doa aku tidak pernah putus kepadaNya. 

Aku  pernah bercinta, tetapi aku tahu ini adalah cinta yang tulus lahir dari hati.

Walau apa pun yang terjadi, benarkan aku menunggu kau.
Selagi perasaan ini masih kuat di hatiku, selagi itu aku setia menanti.
Aku sedia menunggu dan melihat kau bahagia disamping orang yg memerlukan kau.
Penantian yang bermakna,  pengakhirannya sama seperti apaa yang diharapkan.


Insya Allah, segala urusan hanyalah milik Allah Taala.


I LOVE YOU UNTIL JANNAH