Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Da lama rasa nya tak bukak blog ni... da
berhabukkk habiss....hehe.. tujuan tulis blog ni sb tetibe terasa nk berjiwang
pulak kan..hihihi.. ok, lets check it out !
Inilah cinta hati saya..hehehe |
Orang kata, untuk jatuh cinta kita kena kenal hati budi
seseorang itu dulu.
Dari mula bersahabat, mengenali peribadi dan hati budi dia,
barulah hati ini tertarik padanya....mungkinlah.
Itu pun kalau tertarik pada dia kan. Hehe.
Orang kata, love at the first sight ni ala-ala cerita
dongeng orang putih dulu-dulu.
Aku tak pernah percaya adanya love at the first sight.
Yelah, mana mungkin?? Kita tak kenal orang tu, takkan boleh
jatuh cinta sewenang-wenangnya, betul tak?
Entah siapa-siapa dia, dari mana asalnya, langsung tak de
klu, macam mana mahu jatuh cinta?
Tapi, akhirnya aku telah jatuh cinta pandang pertama.
Aku tak pernah kenal antara erti cinta dan suka.
Apa bezanya? Lebih kurang sajakan?
Eh, memang ada beza. Ejaan cinta dan suka sendiri pun dah
lain. =)
Aku tak pernah jatuh cinta pandang pertama seumur hidup aku.
Selama ni, crush atau feeling feeling cipan pun dari
persahabatan yang terbina.
Berkawan, makan sama, bermain sekali, belajar sama, lalu
terciptalah perasaan itu.
Aku tak pernah percaya suatu ketika dahulu.
Bagi aku, ianya sesuatu yang mustahil.
Mencintai seseorang yang tidak kita kenali.
Dia je yg mengenali diri aku dan add aku dalam FB.
Tiada sangkut paut dan tiada jalan cerita yang seiring
dengannya.
Rupa-rupanya, aku telah jatuh cinta pandang pertama.
Buat pertama kalinya, dialah cinta pertama aku.
Aku selalu tertanya-tanya pada diri aku, apakah ianya
sekadar mainan perasaan?
Adakah dia salah seorang antara crushes yang aku ingin kan?
Perasaan yang sama sekali lagikah?
Ternyata dia cinta pertama aku.
Aku bukan seorang yang pandai berpura-pura.
Perasaan itu jelas terukit di wajah aku.
Aku tidak pandai untuk menyembunyikan rasa.
Inilah kelemahan aku.
Aku masih ingat, dan sentiasa terpahat utuh di hati aku.
Di saat pertemuan aku dengan dia di metropolitan, saat aku
terpandangkan wajahnya yang tersenyum manis (menawan sangat!),
hati aku dah berdebar-debar dan mula tidak menentu.
Aneh. Pelik. Semacam.
Aku cuba pandang dia lagi.
Aneh. Aku tak dapat bertahan lama. Aku jadi segan.
Lantas, segala pergerakan aku terasa canggung sekali pada
waktu itu.
Dan secara tak sedar, rupa-rupanya aku telah merenung dia.
Aduh, inilah kelemahan aku.
Sesungguhnya aku cintakan dia.
Tiada alasan, dan tiada sebab.
Aku tidak pernah kenal dia.
Aku tidak pernah tahu dia.
Sejarah aku tidak pernah ada dia.
Yang aku tahu, dia sudah berpunya
Namun, sejak hari itu namanya telah terselit kukuh di dalam
hatiku.
Nama yang unik dan panjang, membuatkan aku tertarik padanya
lagi.
Hehe, merabankan aku?
Aku sendiri pening dengan luahan kata-kata ini. Sungguh
jiwang karat lagaknya. =P
Perasaan ini tulus dari hati aku.
Perasaan ini bukan dibuat-buat, direka dan bukan senang
untuk dihapuskan begitu sahaja.
Perasaan ini adalah hadiah yang teristimewa dari Allah untuk
aku.
Aku bersyukur mengenali dia.
Aku gembira pernah menjadi sebahagian kecil dari hidupnya.
Walaupun mungkin aku tidak dapat untuk berkata-kata dengan
dia lagi.
Kerana kemungkinan kata-kata aku yang kononnya dari isi hati
aku,
akan menambah beban dirinya lagi.
Maafkan aku seandainya perasaan aku ini pernah membuatkan
kau terasa terbeban.
Aku tidak ingin memaksa, untuk meminta kau membalas rasa ini
jauh sekali.
Tidak pernah terlintas di hati.
Kerana siapalah aku di sisi kau.
Aku manusia yang penuh kekurangan dari segi akal, budi
bicara dan attitude yang begini.
Cuma, aku tidak pandai mennyembunyikan rasa ini apabila aku
berhubung dengan kau.
Jadi, lebih baik aku menyepi dari duniamu.
Walaupun, kadang-kadang terbabas juga, tapi aku akan
berdisplin dan tidak mengganggu kau.
Cuma, tiada janji yang akan dilafazkan di sini =D
Rasa ini sentiasa ada di hati aku.
Bagi aku, cinta pertama ini adalah yang terbaik dalam
hidupku.
Ye. Aku tahu, ramai yang perlukan kau..ramai yang mahu kau
jadi teman hidupnya.
Tapi, hati aku yakin dengan perasaan ini.
Jangan risau, yakin ku hanyalah pada-Mu Ya Allah.
Kerana Dia lah yang Maha Berkuasa dalam membolak-balikkan
hati dan perasaan hamba-hambanYa.
Harapan dan doa aku tidak pernah putus kepadaNya.
Aku pernah bercinta, tetapi aku tahu ini adalah cinta
yang tulus lahir dari hati.
Walau apa pun yang terjadi, benarkan aku menunggu kau.
Selagi perasaan ini masih kuat di hatiku, selagi itu aku
setia menanti.
Aku sedia menunggu dan melihat kau bahagia disamping orang
yg memerlukan kau.
Penantian yang bermakna, pengakhirannya sama seperti
apaa yang diharapkan.
Insya Allah, segala urusan hanyalah milik Allah Taala.
I LOVE YOU UNTIL JANNAH |