YA ALLAH YA TUHANKU..
permulaan bulan ini ku harap penuh dengan cahaya kesejahteraan ..ku mohonkan yang terbaik untuk diriku, dirinya, serta semua insan yang ku sayangi .. ku harapkan ada cahaya kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan .. limpahilah kesihatan yang lebih baik buat kami sekeluarga dan dirinya .. KAU lindungilah diri kami dari kezaliman dan kejahatan anasir-anasir yang boleh mendatangkan ketidak tenangan dan ketidaksejahteraan pada kami semua ..
Ku mohon padaMU ya ALLAH..berikanlah kami sedikit kelapangan fikiran, kekuatan fizikal dan keazaman jasmani yang tinggi untuk kami mengharungi segala cabaran in i..
YA ALLAH YA RABBI..
ku hanya inginkan yang terbaik untuk insan yang ku anggap kekasihku . berikanlah dia pekerjaan yang baik untuk dirinya mengatasi segala kesempitan yang melanda..KAU Permudahkanlah dirinya memperolehi pekerjaan yang lebih baik agar dirinya mampu mengharungi liku kehidupan ini dengan tabah dan sabar .. Ku mohon KAU limpahkanlah kesejahteraan fizikal buat dirinya ..
YA RAHMAN YA RAHIM..
tidak pernah ku mohon yang lebih baik selain dari kesihatan dirinya..ku mohon padaMU ya ALLAH agar dirinya, insan yang ku cintai sentiasa dilimpahi kesejahteraan kesihatan yang lebih baik .. ku mohon KAU kurangilah penderitaannya, KAU limpahilah kerahmatan kasih sayangMU agar dirinya mampu mengharungi liku ujianMU ini .. bantulah kami ya ALLAH..ku tak mampu melihat penderitaannya .. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..
padaMU ku jatuhkan segala harapanku .. padaMU ku tundukkan kemahuanku .. dengarkanlah rayuanku .. KAU restuilah permohonanku ini .. bantulah diri kami ya ALLAH ..
ku hanya mahu melihat semua orang yang kusayangi dan cintai sentiasa dilimpahi keberkatan, kerahmatan, kebahagiaan, kesejahteraan dariMU .. ku hanya mahu melihat insan yang ku sayangi, yang ku cintai sentiasa hidup dalam ketenangan dan kedamaian..
aku mohon padaMU ya ALLAH..
dengarkanlah rayuan ku ..
No comments:
Post a Comment