"Aku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya, namun ku tetap berjanji akan masih mencuba untuk memujuk hatimu mencintai aku kerna semua yang ada hanyalah untukmu.."

Wednesday, June 20, 2012

Cintaku Selamanya buat kamu.

awak..
hari ni saya belajar sesuatu tentang cinta..
baru saya tahu yang cinta tak boleh diungkap dengan kata-kata..
baru saya tahu yang cinta juga tak boleh diukir dengan janji-janji..
kita perlu menyintai seseorang bukan sebab janji kan awak?
kita perlu ikhlas..

awak..
hari ni juga saya belajar sesuatu yang baru..
cinta memang perlukan pengorbanan..
tapi kadang-kadang tu kan awak..
kita perlu korbankan cinta kita..
memang kita akan rasa sakit..
tapi ia untuk kebaikan kedua-dua pihak..
ini yang dinamakan pengorbanan yang sebenar..
tapi..
saya nak awak tahu yang saya tak sanggup kehilangan awak..

awak..
cinta telah banyak mengajar saya erti kehidupan..
cinta mengajar saya erti kesabaran..
cinta mengajar saya erti berusaha..
cinta juga mengajar saya untuk menjadi lebih kental dalam meneruskan hidup ini..

awak..
mungkin sekarang ramai yang tak percaya cinta..
saya sedih sangat awak..
cinta ini adalah anugerah Allah kepada kita..
kita perlu guna dengan sebaik nya kan awak..
kita perlu hargai pemberian Allah ini..

awak..
mungkin saya tak macam perempuan lain..
saya tak romantik,saya tak jiwang..
saya tak pandai nak sweet-sweet ni..
tapi saya akan cuba kalau itu yang awak nak..
sebab cinta mengajar saya untuk memberi dan menerima..

saya harap perasaan dan cinta awak pada saya tidak akan pernah hilang dan berubah walaupun cikit.


senyumanmu dan kasihmu menusuk dan membelai kalbu sejak detik pertemuan..tiada kata seindah bahasa dapatku huraikan tentang kesucian kasihmu..ia terlalu indah untukku..ku ukirkan senyumanmu dihatiku sebagai penguat kasih kita..ke indahan hubungan kita adalah hiasan yang terindah didalam hidupku buat selamanyaa..


Saturday, March 17, 2012

Warkah rindu untukmu

Walaupun Kau tiada disini ..
Tetapi aku tetap ingat semua pesananmu ..
Ku hidup seolah-olah kau ada disisi .. ^_^

Sesekali terasa ingin jadi seperti anak remaja yang terlalu giler akan rasa cinta yang ada dihati .. buatmu yang kucintai , ku kirimkan warkah ini agar dirimu tahu bahawa dirimu adalah pemilik hatiku .. Seperti dirimu yang sering lafazkan yang dirimu hanya ada diriku .. B, percintaan ini sungguh penuh bermakna buatku , dirimu terlalu bermakna untukku .. Cinta kita melahirkan rindu yang dirasai setiap pasangan.. Setiap kali ku merasai degupan rindu ini ,, tiada daya untuk ku melarang perasaan ini.. kerana perasaan ini memamng tercipta untuk setiap pasangan yang bercinta .. telah banyak perkara yang menguji kesetiaan dan kesabaran dalam hubungan kita .. Kerinduaan ini adakalanya menguji diriku juga .. aku amat merinduimu, dan aku pasti kamu juga amat merinduiku .. Aku akan selalu ada disampingmu disaat kamu memerlukan diriku .. =)


Indahnya hari ini, tenangggg tanpa deraian hujan ..
Angin pula bertiup bersama halusan sang bayu yang damai  ..
Namun aku tidak pernah kehilangan rindu untuk mu biyyy ..
Jika engkau lihat kedalam mata hatiku ..
Pasti engkau akan merasai degupan rinduku yang kencang ..
Malam makin mendatang ..
Awan makin gelap bersama taburan bintang yang indah lagi bersinar ..
Tetapi aku masih lagi tersenyum menatap gambarmu yang ada disisi ku ..
Tuhan .. Berikan lah malam ini dengan penuh tenang dan damai untuk dirinya , lindungilah , rahmati dan diberkati lah dirinya agar selalu sejahtera disamping keluarga tersayanggg ..^_^


Semoga keindahan rembulan malam ini menerangi malam ini agar tidak suram .. semoga keindahan bintang menemani malam ini agar hatimu sentiasa tenang .. Selamat Malam my Baby Sayangggg , tidurlah dengan lena .. dan mimpikanlah aku datang kepadamu didalam syurga mimpimu yang menemani dan menjaga sehingga pagi yang menjelang ..

You mean a lot to me ..
When i look into ur eyes ..
and this is when 
I say "Thank You"
For teaching me the "true love" ..
I Love Youu Soo Soo muchh !!!!
~Muhammad Hanis Juhari~

I DONT CARE WHAT PEOPLE SAYS ABOUT ME AND YOU , AS LONG AS ISN'T TRUE. 
COZ ALLAH ITS ALWAYS BESIDE  AND PROTECT US .. 

Thursday, February 02, 2012

Im Speechless

HARI ini aku bahagia
kerana dia menghampiriku dengan ucapan yang tidak aku duka selama ini .
dalam diam aku terasa getaran rindu yang ada dihati ini
ingin saja aku umumkan pada makhluk di bumi ini
aku bahagia dengan kasih sayangnya
aku damai dalam pelukan cintanya
aku tenang dengan alunan rindu yang berkumandang
ingin saja aku memberi amaran pada mereka
benarkanlah kami berdua merasai kenikmatan ini
hilangkanlah rasa dengki kepada kami
kerana aku dan dia tidak pernah memusuhi sesiapa
dan janganlah menyakiti sesiapa yang kami kasihi
buatmu sayang
dirimu tak pernah ku lupakan dari benak fikiranku
dirimu adalah belahan jiwaku
sandaran hatiku yang tersimpan didalam ragaku
setiap hari
topik bicaraku adalah dirimu
mampukah aku  melupakanmu??
TIDAKKK..tidak mampu aku melupakan dirimu
walaupun hanya sedetik
hanya dirimu difikiran, dihati dan dijiwaku
Sayang sayangkan Bie
hadirmu dalam hidupku
membuatkan aku terpana ditiap-tiap detik perasaan ini berbuai kerana mu ..
Terima kasih atas segala curahan kasih sayang b pada sayang selama ni .. 
Sayang tidak tahu kenapa hari ni, rindu yang sayang rasai ini begitu indah .. Sekiranya boleh, ingin sekali sayang mendekati b . melihat b . .bersama b  .. bertemu b .. tiba-tiba hati sayang jadi terlalu rindu pada b .. adakalanya hati wanita  ini tidak mampu untuk mendepangi dugaan rindu ini .. sayang adakalanya terusik dengan rindu ini .. entahlah, sayang sering berdoa dan berharap suatu masa nanti, sayang dapat lunaskan segala rindu dan dendam rindu yang terbuku dihati ni.. 
Babby..
setiap kali  sayang  rindukan b ..  sayang  akan pandang matahari .. kerana b umpama matahari dihati  sayang  .. b lah sinaran hati  sayang  yang paling indah .. jika  sayang  rindu..seringkali  sayang  lihat pada bintang-bintang.. kerana  sayang  akan cari bintang yang paling bersinar ..  sayang  pasti b pun turut sama merindui  sayang ..
Babby..
saat bersama b merupakan saat paling bahagia buat  sayang  .. kasih sayang b ..cinta b .. semuanya keindahan buat  sayang .. pujuk rayu b selalu buat sayang terlupa akan segala keresahan  dan masalah kehidupan.. ingin sekali  sayang  berada disamping b selalu.. namun  sayang  masih wanita yang mempunyai rasa malu..
Babby..
sekarang ini  sayang  memikul rindu cinta kita .. namun  sayang  bahagia kerana rindu ini.. dan  sayang  tidak sabar untuk menemui b semula.. dan doa  sayang , moga ALLAH merestui dan merahmati pertemuan itu nanti ..  sayang  teramat rindu pada b..

Hanya b kekasih  sayang ..
sebelum  sayang  mengakhiri perbicara pada mlm ini ..  sayang  ingin luahkan rasa rindu ini pada b ..

"awak, rindu yang kita hadir dalam diri kita adalah hanya untuk awak .. walaupun beribu batu kita terpisah .. walaupun pelabagai tomahan orang lain terhadap kita .. namun kita tak pernah kurang merindui sesama sendiri..awak, selalu ucapkan kata rindu, CINTA n SAYANG terhadap kita .. awak adalah sinaran hati kita..  awak.. kita rindu tau ! kalau awak terbaca entry kita ini .. percayalah awak .. saat ini kita teramat merindui awak .. kita nak sangat awak ada disamping kita .. RINDU AWAK SAYANG" 
  

YA ALLAH YA TUHANKU..
permulaan bulan ini ku harap penuh dengan cahaya kesejahteraan ..ku mohonkan yang terbaik untuk diriku, dirinya, serta semua insan yang ku sayangi .. ku harapkan ada cahaya kedamaian, ketenangan dan kesejahteraan .. limpahilah kesihatan yang lebih baik buat kami sekeluarga dan dirinya .. KAU lindungilah diri kami dari kezaliman dan kejahatan anasir-anasir yang boleh mendatangkan ketidak tenangan dan ketidaksejahteraan pada kami semua ..

Ku mohon padaMU ya ALLAH..berikanlah kami sedikit kelapangan fikiran, kekuatan fizikal dan keazaman jasmani yang tinggi untuk kami mengharungi segala cabaran in i..

YA ALLAH YA RABBI..
ku hanya inginkan yang terbaik untuk insan yang ku anggap kekasihku . berikanlah dia pekerjaan yang baik untuk dirinya mengatasi segala kesempitan yang melanda..KAU Permudahkanlah dirinya memperolehi pekerjaan yang lebih baik agar dirinya mampu mengharungi liku kehidupan ini dengan tabah dan sabar .. Ku mohon KAU limpahkanlah kesejahteraan fizikal buat dirinya ..

YA RAHMAN YA RAHIM..
tidak pernah ku mohon yang lebih baik selain dari kesihatan dirinya..ku mohon padaMU ya ALLAH agar dirinya, insan yang ku cintai sentiasa dilimpahi kesejahteraan kesihatan yang lebih baik .. ku mohon KAU kurangilah penderitaannya, KAU limpahilah kerahmatan kasih sayangMU agar dirinya mampu mengharungi liku ujianMU ini .. bantulah kami ya ALLAH..ku tak mampu melihat penderitaannya .. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya..
padaMU ku jatuhkan segala harapanku .. padaMU ku tundukkan kemahuanku .. dengarkanlah rayuanku .. KAU restuilah permohonanku ini .. bantulah diri kami ya ALLAH ..

ku hanya mahu melihat semua orang yang kusayangi dan cintai sentiasa dilimpahi keberkatan, kerahmatan, kebahagiaan, kesejahteraan dariMU .. ku hanya mahu melihat insan yang ku sayangi, yang ku cintai sentiasa hidup dalam ketenangan dan kedamaian..
aku mohon padaMU ya ALLAH..
dengarkanlah rayuan ku ..

Saturday, January 28, 2012

With you, im always fall in love

Mungkin aku pernah juga .
Merasakan ape itu CINTA !
Tapi tak pernah .. Seindah ini ..
Mungkin juga aku pernah ..
Merasakan RINDU ..
Tapi tak pernah Sedalam ni ..
Mungkin kamu takkan pernah percaya ..
Bahawa sesungguhnya .. Aku telah terjatuh ..
Terjatuh dibawah pangkuan mu ..
Jatuh dan bangun aku , hanye kamu yang tahu . 
Aku akui , aku telah larut kedalam hatimu yang Aku Cintai ..

Aku harap dirimu sabar dan tabah hadapi setiap liku2 ini .. Aku harap dirimu tidak selemah yang aku lihat semalam .. Apa pun berlaku , aku harap aku sentiase menjadi kekuatan buat dirimu . Aku harap disaat dirimu bersendiriaan , aku akan menjadi bayang-bayangmu .. Ketika kamu sedih, aku harap dapat menjadi sandaran buatmu .. disaat kamu tidak gembira , aku harap ... ku dapat menjadi senyuman buatmu .. Dan disaat kamu memerlukan aku, aku akan sentiase ade disamping ..
ingatt ... Jangan cepat mengalah yer sayangggg .. 
Segala rezeki, terletak ditangan Tuhan .. ku yakin, Tuhan tu ade jalan penyelesaian buat mu untuk mencari rezeki yang halal pada mase akan datang .. Kerana rezeki itu la yang akan jadi darah daging kamu n anak bini kamu kelak .. ku sentiase mendokan yang terbaik buat kamu ..
ku tahu apa yang terlintas dihati kamu .. apa yang terjadi .. aku tetap berada disisimu .. Namun ku harap dirimu kan setabah dan sekuat mungkin .. dan aku tetap disini bersamamu .. yakinilah , aku akan datang menjemputmu dengan senyumanku bieee ... May Allah Always bless you my DEAR .
  
Nota Kaki ::  I  U , I  ♥ U , I  U , I  U , I ♥ U , I ♥ U , I  U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U , I v U , I ♥ U , I ♥ U , I ♥ U
Muhammad Hanis Bin Juhari

Monday, January 23, 2012

Cintaku Milikmu


Selamat petang cintaku!
saat ku terjaga dari lena, insan yang pertama ku ingati dan fikirkan adalah dirimu .. disaat itu, ku tadahkan kedua tapak tanganku memohon kesejahteraanmu, kegembiraanmu, kebahagiaanmu, ketenangan dan kedamaianmu agar hari yang dilalui mu hari ini lebih baik dari semalam malah lebih sempurna dan menyakinkan .. ku harap bibirmu terbersit dengan senyuman paling indah melalui hari ini walaupun ditempuhi pelbagai ujian ..
Petang ini, hujan meniti didada bumi .. keindahan hujan ini bagaikan pengganti hujanan rindu yang melanda diriku tika ini .. guruh dan kilat silih berganti .. ianya bagaikan debaran jantungku meniti hari ini yang penuh dengan kerinduan buatmu .. inginku alunkan lagu-lagu kerinduanku buatmu agar dirimu tersenyum indah diptg ini namun tiba-tiba hatiku terusik malu padamu sayang .. hehehe !! namun ku ukirkan kata-kata cintaku buatmu agar dirimu tersenyum dengan bisikan cintaku untukmu..
sayangku ..
Tak terasa sudah setengah tahun kita bersama .. terlalu banyak bunga, duri dan juga lembah yang telah kita lalui .. jika tanpa ada kesabaran dan ketabahan, tak mungkin kita mampu melalui nya dengan redha dan tenang .. mungkin kaki yang melangkah tak dapat bergerak dengan yakin dan pantas melainkan dengan bantuan cinta dan hati ..
Abang....
Adakalanya banyak khilaf yang telah ku lakukan disepanjang perhubungan kita .. adakalanya dirimu menegurku dengan caramu .. memperbaiki kesilapanku dengan caramu juga .. adakalanya dirimu mendiamkan dirimu kerana mahu aku memperbaikinya sendiri .. namun bibirmu tak pernah hilang senyuman untukku .. terima kasih b kerana masih disisiku melalui hari-hari yang kita lalui .. ku amat mengasihimu sayang.. ku tahu, sekiranya dikau tidak mampu untuk menahan berhenti dari sesuatu .. teruskan la bende tu, ku tidak pernah untuk menahanmu .. cuma ape yang ku mahukan, jgn la terlalu kerap dan terlalu banyak kamu megambil . itu sudah memadai bagiku .. Ku amat berbangga sekiranya, kamu berjaya melakukan semua itu .. Aku amat2 memahami situasi kamu itu wahai pencintaku ..
B..
masihkah dirimu ingat dengan surat-surat cintaku untukmu .. lembaran-lembaran puisi yang ku lakari bersama idea kratifku .. journal-journal kehidupanku untuk tatapan dirimu tika saat ku tidak dapat melihat atau memandang dirimu .. semuanya menjadi ketenangan dan kedamaianku kerana boleh meluahkan apa yang ku rasa .. maafkan diriku sayang sekiranya ianya agak emosional dengan rasa itu .. namun sayang hanya ingin b tahu apa yang sayang rasa .. dan kadang kala mesej-mesej itu penuh dengan keberanian untuk memberi kekuatan .. memberi teguran dari kesilapan .. dan sekeping gambar kite pada permulaan perkenalan kite masih ada didompetku .. kemana ku melangkah ku bawa ia untuk menjadi teras ku ubati kesakitan dan ketegangan belajar, training dan people around me ..
Kekasihku..
Saatku menulis kalimah disini, hatiku sarat dengan lautan kerinduan buatmu .. rindu yang mendambakan dirimu .. namun ku menggantikan dengan doa-doa yang tulus buatmu .. ku tahu saat ini dirimu perlukan ruang untuk dirimu .. ku doakan kesejahteraanmu, ketenanganmu dan kedamaianmu .. ku harap hari yang dilalui penuh dengan kebaikan..mudah-mudahan segala pintu kebaikan dan kerahmatan serta kesejahteraan kesihatan terbuka luas buatmu..
Baby....
ku tahu kadangkala aku tersasar dengan kemabukan rindu ini ... ku mengikut perasaanku tanpa memikirkan perasaanmu namun sayang kasih sayangmu yang menceriakan kehidupanku .. bila berjauhan dengan dirimu kala ini, hatiku baru mengerti betapa dalamnya makna erti cintaku buatmu .. kan ku nanti hadirmu .. | I MISS YOU | .. saat dirimu tiada disisi, cinta dan rindu adalah teman paling setia untukku .. Sesungguhnya berjauhan ini mengajar kita erti rindu. Betapa seksanya rindu namun ia tetap jua manis. Pada saat itu aku rasakan bahawa akulah orang yang paling bahagia kerana memiliki kasih dan cintamu. Rinduku ini mengajar kita erti setia pada sang kekasih yang dikejauhan. Walau tiada dimata, namun ia tetap kukuh dan teguh di hati. Kerana separuh daripada jiwa dan hatiku telah dibawa pergi bersamamu ..

Nota kaki :: |Dengan nama Tuhan yang menciptakan setitis cinta di jiwaku ini. Dan kini subur dengan kasih dan tiba masanya sekarang ia membuahkan rindu yang lebat didahanan perasaan .. Bahagiakanlah dia sebagaimana Engkau bahagiakan aku dengan cintanya. Rahmatilah dia sepertimana Engkau rahmati aku dengan kasihnya. Peliharalah dia sebagaimana Engkau pelihara diriku dengan rindunya .. Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan dilangit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui.. |

Monday, January 02, 2012

Indahnya Cinta Yang Tulus !

Jumpa neh dekat :148: tadi , rasa macam mau share lahh .
mau share dekat sini .. hehe ~ bOleh kann ?

"Dia terlalu sayangkan aku . Itu yang aku sangat pasti . Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku . Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku . Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk . Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri . Sebarang perselisihan , dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku ."
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu , dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan . Nak pimpin tangan pun tak boleh . Apatah lagi nak peluk . Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja . Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan . Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang . Tapi aku ? Bila aku cakap macam tu , dia cuma senyum dan cakap pada aku , " Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak ... Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak ... "

Bagi pendapat yaya . . . .
Indahnya Cinta Yang Tulus ... Seperti CINTA ku bersama Muhammad Hanis Bin Juhari ... Aku bahagia bersama die kerana die banyak mengajar aku erti percintaan selama ni , dan die juga telah banyak berkorban demi aku

Setiap insan seharusnya menerima pasangannya dengan seadanya..
Tidak perlu membanding-bandingkan dia dengan orang yang lebih kaya, hebat atau tampan..
Terima dia sebagaimana cinta itu bermula... Penerimaan tanpa syarat menunjukkan bahawa kita mencintainya dengan tulus..
Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan tanamkanlah impian untuk meningkatkan kehidupan tanpa mengorbankan kasih sayang dan keikhlasan yang sedia terbentuk...

Aku tidak pernah menegur, baik cara dia berpakaian atau apa sahaja yang berkaitan dengan sikapnya kerana aku tidak berniat untuk mengubahnya . Biarlah dia menjadi dirinya sendiri kalau dia lebih senang dan selesa begitu ... Itu yang aku mahu . Kerana aku tidak mahu mengubahnye.

Sesuatu hubungan percintaan adalah satu perjudian...
Tak semua orang bertuah mengecap hidup hidup bahagia berpasangan...
Sebaliknya, banyak yang menempuh derita sengsara....
Ajaibnya cinta, cinta itu buta dan cinta tidak mengenal engkau siapa, aku siapa...